Monday, September 28, 2009



Surau SKK cawangan

Kem Bestari Solat dilaksanakan di dalam bilik j-QAF SKK cawangan

Selamat Tinggal SK Kodiang Cawangan..


Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa SKK mempunyai dua buah sekolah.SKK induk terletak berhampiran dengan lebuhraya Jitra -Arau. Manakala SKK cawangan terletak berhampiran dengan market Kodiang berhampiran jalan Kodiang -Sanglang yang menempatkan pelajar tahun 2 dan 3. Insya Allah pada Ahad 4.9.2009 semua murid tahun 2 dan 3 akan memulakan pembelajaran di SKK induk kerana bagunan baru telah siap dibina dan sudah boleh digunakan. Selepas ini pembelajaran anak-anak murid semakin selesa dan tidak lagi akan diganggu dengan bau market berhampiran.....selamat tinggal SK KODIANG CAWANGAN.

Wednesday, April 29, 2009


Alhamdulillah..KBS 1 untuk tahun 1 hingga 5 dah selesai


Tuesday, February 17, 2009

KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA KALI KE 17 SK KODIANG 2009


Thursday, February 5, 2009

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK KODIANG 2009

5 FEBRUARI 2009.Kejohanan Merentas Desa peringkat SK Kodiang berlangsung dengan jayanya. Bermula jam 4.15 petang para peserta dilepaskan oleh YDP PIBG SK Kodiang Tuan Haji Shafie b. Md. Isa. Para peserta belari merentasi jalan berhampiran Pekan Kodiang -Pesisiran Sungai Santap-Taman Rekreasi Gua Kerbau dan tamat semula di Sekolah Kebangsaan Kodiang. Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tn. Haji Shafie b. Md. Isa dan majlis bersurai jam 6.15 petang.

Wednesday, February 4, 2009



Wednesday, January 28, 2009

ZIARAH 'SULTONUL 'ULAMAK' KE KODIANG

28 JANUARI 2009- Penduduk sekitar Kodiang berasa bertuah di atas kehadiran ulama' terkenal Yaman iaitu Yang Berbahagia Allamah Al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar bin Ahmad As-Syatiri Al-Hadrami ke Rubat Nasrul Muhajirin, Pondok Permatang Kaka, Megat Dewa, Kodiang , Kedah Darul Aman. Kedatangan beliau bertujuan melakukan ziarah ke pusat-pusat pengajian Islam di sekitar negeri Kedah Darul Aman. Beliau juga berbesar hati merasmikan musolla Pondok Permatang Kaka dan menamakan musolla tersebut dengan nama Al-Ansar.